AS BERNIAT JAHAT: JONG-UN

Presiden Russia, Vladimir Putin menghadiahkan sebilah pedang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un selepas ucapan mereka di kampus Universiti Persekutuan Far East di Pulau Russky di Vladivostok, Russia, semalam. - Foto EPA

AS BERNIAT JAHAT: JONG-UN






VLADIVOSTOK: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menuduh Amerika Syarikat bertindak ‘dengan niat jahat’ pada perjumpaan terakhir mereka, lapor media di Pyongyang hari ini.Beliau berkata demikian pada pertemuan julung kali dengan Presiden Vladimir Putin.Kedua-dua pemimpin bertemu semalam di bandar raya Vladivostok di timur jauh Russia, bagi pertemuan pertama bertujuan menangani pengaruh AS ketika Jong-un bertelagah dengan Presiden Donald Trump berhubung senjata nuklear Pyongyang.Putin mahu menjadikan Moscow berperanan penting dalam ketegangan baru global, dan Jong-un bersetuju dengan idea itu, dalam rundingan yang digambarkan agensi berita KCNA sebagai ‘tanpa syarat dan mesra’.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Sertai Kumpulan Facebook

Kesatuan Ekonomi Rangkaian Islam SeMalaysia

fb coment