19 maut kumpulan bersenjata serang Arbinda.

19 maut kumpulan bersenjata serang Arbinda.


OUAGADOUGOU (BURKINA FASO) : Seramai 19 orang maut dalam serangan di perkampungan yang terletak dalam kawasan bergolak di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan hari ini.
‘Puluhan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas daerah Arbinda menyebabkan beberapa penduduk maut,” kata sumber itu yang enggan dikenali.
Sumber keselamatan turut mengesahkan penemuan 19 mayat.
Menurut kenyataan rasmi, serangan berkenaan berlaku antara jam 3 dan 5 petang (waktu tempatan) apabila penyerang terbabit melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung.
Sumber itu berkata lagi, satu mesyuarat sedang diadakan bagi membincangkan secara terperinci insiden itu.
Katanya, tiga kenderaan turut ditahan petang semalam sebelum dibakar manakala pemandunya dibunuh terlebih dahulu.
Arbinda dicemari serangan berdarah sejak beberapa bulan lalu walaupun terdapat operasi dilakukan bagi membanteras aktiviti militan Islam.
Awal bulan April lalu, seramai 62 orang maut dalam serangan militan dan pertempuran antara etnik di Arbinda.
Burkina Faso berdepan serangan pengganas dan kumpulan militan termasuk Ansarul Islam dan Daesh. - AFP

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Sertai Kumpulan Facebook

Kesatuan Ekonomi Rangkaian Islam SeMalaysia

fb coment